***AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM DI BLOG ADI MANSAH LUBIZ*** assalamualaikum Pictures, Images and Photos
zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Welcome Comments

Thursday, October 22, 2009

CINTA



AdI mAnSAH LUbIZ

Seni berfikir

Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.

Cinta itu bukanlah segala-galanya. Walaupun ia penting dalam hidup, iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman, barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati. Cinta juga perlu kepada akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.

Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda, cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.

Cinta Sejati itu sifatnya total. Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda, ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda, cinta kepada ibubapa anda, cinta kepada keluarga anda, cinta kepada masyarakat anda, cinta kepada agama anda dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh, maka Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain. Jika anda beri Cinta Sejati, ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta, yang tentu mambalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.

Seni Merasa

Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda. Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta. Ini kerana jika anda gelojoh, anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua, yang sederhana sifatnya, tidak melampau-lampau. Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.

Jika kecewa cinta, jangan hingga berputus asa, kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain dan bersyukurlah kepadaNya.

Seni Bertindak

Jangan mendahului ketentuan. Anda perlu banyak bersabar dalam cinta. Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta, barulah anda membuktikannya, itulah Cinta Sejati.Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin, layanilah sekadar saja. Yang penting ialah menikahi kekasih anda, itulah ertinya menerima cintanya, kerana nikah adalah ikatan cinta.

Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda, jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah. Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta itu celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain. Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.

Cinta yang buta itu segalanya buta. Buta tentang cara dan peraturan, buta tentang tanggungjawab cinta, buta tentang hikmah cinta, malah?buta tentang hakikat diri.

Cinta yang buta itu cacat kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya, tersadai di celah akar pohon kecewa, lalu berkata ?Cinta Itu Buta?.

Cinta Sejati bukan seperti

Cinta Laila dan Majnun atau

Romeo dan Juliet.

Cinta Sejati adalah seperti

Cinta Rasulullah dan Khadijah, atau

Saidina Ali dan Fatimah.



Sekadar renungan??untuk diri yang masih jahil dan sahabat serta adik2 yang disayangi......
cinta? Apakah memang cinta itu salah? Sesungguhnya bukankah cinta dan kasih sayang itu adalah anugerahNya? Firman Allah SWT..Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan(bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa(bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa??surah Al-Hujuraat, ayat 13.

Janganlah menghukumkan kesalahan pada cinta, yang bersalah ialah mereka yang menodai cinta, mendustainya semata-mata kerana hasutan syaitan yang bertopengkan nafsu?Sesungguhya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan?surah Yusuf, ayat 53. Memiliki jalinan kasih cinta sejati bukanlah semudah yang dilafazkan?.kerana ia memerlukan ketulusan jiwa kedua belah pihak yang berlandaskan keimanan yang sejati.. Kalau anda sudah memutuskan diri untuk bercinta?.pastikan anda sudah bersedia untuk menempuh dua jalan sama ada kecewa atau bahagia.

Ketahuilah?.hanya satu cinta yang benar-benar hakiki?..jaminannya bahagia kekal abadi...cintailah Illahi?.sesungguhnya ia adalah cinta yang hakiki yang tak ada tolok bandingnya. Walau apapun keturunanmu, sekalipun dirimu hina di mata masyarakat, di sisiNya, kasih sayangNya tak pernah berbelah bahagi. Jika ada yang membenci, Dia akan hadir dan terus menyayangimu, jika anda berduka lara, Dia akan hadir untuk menghiburkan hati?Dia tak pernah meminta?.malah sentiasa memberi?.nikmat kurnianNya terlalu besar ke atas kita hambaNya?tak terbanding nilainya?Sekalipun anda pernah bersalah?.berulang-ulang kali, keampunanNya sentiasa terbuka luas. Subhanallah?. Maha Suci Allah?.

Katakanlah hai Muhammad, Dia Allah Maha Esa, Allah Maha Pemurah. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Tidak ada seorang pun yang dapat mengimbanginya?surah Al-Ikhlas?..wallahu a?lam?.wassalam

0 komentar:

Post a Comment